04 Oktober, 2008

Welcome to Langkawi Geopark - Your right holiday destination



The island of Langkawi is an exotic holiday destination that offers world-class accommodation and amenities sitting side by side with idyllic beaches, ancient rainforests and quaint villages. Langkawi, part of the State of Kedah, was named after the eagle (helang in the Malay, language - pronounced 'Lang'), hence the imposing eagle statue at Dataran Lang (Eagle Square), welcoming visitors who arrive on the island through the Kuah Jetty.

Langkawi is an archipelago of 99 tropical islands off the north-western coast of Peninsular Malaysia, about 30km from Kuala Perlis on the mainland. The main island is Pulau Langkawi. The archipelago has some of the world's most pristine rainforests, limestone and karst formations, caves with stunning stalactites and stalagmites, and among the world's most beautiful beaches washed by clear emerald waters teeming with marine life.

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia dan bertaraf dunia. Langkawi sebenarnya merupakan gugusan 99 pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Kuah.

Langkawi dipenuhi hutan hujan, batu kapur, gua stalactites dan stalagmites yang menakjubkan, pantai dengan airnya yang jernih bak kristal, hutan paya bakau serta kehidupan marin yang sukar di dapati ditemnpat lain serta tanah tinggi yang memukau. L
angkawi merupakan lokasi formasi batuan tertua di Asia Tenggara berusia lebih 550 juta tahun dan batu ‘dropstone’ berusia satu bilion tahun boleh didapati.

Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi).
Langkawi mendapat pengiktirafan Geopark dunia ke 52 pada 1 June 2008 dari UNESCO. Langkawi juga diberi gelar Langkawi Permata Kedah oleh kerajaan Negeri Kedah. Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.